Dec 25, 2019 - FASSelepas memperkenalkan Selangor Asia Challenge pada bulan lalu, Selangor terus mendapat sokongan dan kepercayaan dari badan korporat dari pelbagai sektor untuk melaksanakan temasya berkenaan.
Salah syarikat pengurusan logistik yang terunggul di Malaysia, ANF Logistics Sdn Bhd tampil sebagai rakan strategik utama untuk acara yang akan diadakan julung-julung kali ini.
ANF Logistik yang sudah beroperasi sejak 2005 ini merupakan pakar dalam pengendalian dan penghantaran kargo udara percaya yang acara Selangor Asia Challenge ini akan membawa jenama mereka ke pentas yang lebih tinggi.
Pengarah urusan ANF Logistics SDN BHD yang merupakan rakan penaja utama SAC, Meor Mohd Fadzlan, turut memberikan kenyataan beliau mengenai kejohanan pra-musim kali ini.
“Sebagai penyokong setia pasukan bola sepak Selangor sendiri, saya yakin dengan kepimpinan, pembangunan dan hala tuju pengurusan baru ini di bawah naungan RMS dan Dr.Johan. Saya ingin berterima kasih kepada pihak FAS kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk sama-sama menjayakan kejohanan yang berprestij yang julung-julung kalinya diadakan di pentas Asia,” ujar Fadzlan.
“Saya percaya pasukan Selangor akan kembali menjadi pasukan yang digeruni, bukan sahaja di peringkat liga domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Dari sudut logistik pula, kejohanan seumpama ini, mampu mengeratkan lagi hubungan di antara negara-negara yang terlibat,” tambahnya.
Selain ANF Logistics Sdn Bhd, antara pihak yang mengesahkan penyertaan mereka sebagai rakan strategik dan penaja kejohanan ini adalah syarikat peneraju kandungan dan konsumer bersepadu di Malaysia , Astro Malaysia Holdings Bhd yang dilantik sebagai rakan penyiar rasmi SAC.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay turut menyatakan komitmen berterusan Astro kepada pembangunan bola sepak Malaysia dan berharap kerjasama ini bukan saja menyemarakan lagi semangat penyokong Red Giants malah peminat negara dan di seluruh rantau ASEAN.
"Sudah tentu Astro gembira kerana diberikan hak penyiaran untuk kejohanan sulung ini. Kami akan pastikan semangat dan cabaran skuad Merah Kuning dapat disaksikan secara langsung serta membawakan perkembangan terkini dan promosi yang bakal menyediakan nilai tambah bagi memperkukuhkan lagi sokongan peminat kepada pasukan ini,” katanya.
Untuk mengekalkan kecergasan pemain, jenama kemudahan gimnasium dan latihan kecergasan Fuel Athletics pula muncul sebagai rakan strategik kecergasan.
Dengan fasiliti kecergasan yang dibekalkan oleh Fuel Athletics, para pemain yang menyertai kejohanan SAC kini mempunyai kemudahan serba lengkap untuk mengekalkan kecergasan mereka di tahap tertinggi.
“Antara misi utama Fuel Athletics ditubuhkan adalah untuk mempromosikan aktiviti kecergasan dengan cara yang menyeronokkan dengan cara yang betul. Selain dapat membawa jenama kami ke peringkat lebih tinggi, penyertaan kami sebagai rakan kecergasan strategik SAC juga dapat memastikan kesemua pemain Selangor dapat beraksi sebaik mungkin di kejohanan tersebut,” jelas Matin Nadir, pengasas dan pengarah urusan Fuel Athletics.
Other notable sponsors that contributed to this tournament include Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Malaysia Airlines (MAS), E-Mutiara Consortium (ground transport) and Avisena (specialist hospital).
Antara badan korporat lain yang turut menjadi penaja bersama untuk kejohanan ini adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Malaysia Airlines (MAS), E-Mutiara Consortium (pengangkutan darat) and Avisena (hospital pakar).
Berlangsung selama dua hari, setiap pasukan hanya akan bermain dua perlawanan sahaja dan pasukan yang mempunyai rekod terbaik daripada setiap perlawanan akan dinobatkan sebagai juara. Untuk menambahkan kemeriahan kejohanan, sistem pengiraan mata dan jumlah gol bakal diambil kira seperti kejohanan Emirates Cup di Eropah.
Sebagai ganjaran, juara akan membawa pulang wang tunai USD10,000 dan naib juara membawa pulang USD5,000 selain piala pusingan yang ditempa oleh Royal Selangor.
Kesemua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.
Selain daripada perlawanan bola sepak, Selangor Asia Challenge 2020 juga bakal dimeriahkan dengan Festival Kebudayaan Asia Tenggara di mana pelbagai aktiviti berasaskan kebudayaan dari pelbagai negara akan berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam.
Festival kebudayaan ini juga bakal melibatkan pameran sejarah bola sepak Selangor, pasar makanan ASEAN, pertandingan e-sukan serta zon mesra kanak-kanak.
Pas dua hari untuk menyaksikan kesemua perlawanan akan dijual bermula pertengahan bulan Disember dengan harga RM30.00 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) untuk kategori terbuka.
Bagi pemegang Team Card Red Giants 2020 pula, mereka boleh menikmati diskaun istimewa dan boleh mendapatkan pas tersebut dengan RM15.00 sahaja untuk kategori yang sama.
Diharapkan penganjuran acara ini bakal memberikan kesan positif kepada pasukan Selangor dan memberi lebih nilai tambah kepada jenama pasukan Selangor, selain mampu meningkatkan persefahaman antara pemain pada peringkat akhir sebelum musim baru bermula.